ASSALAMUALAIKUM

~JENIS AYAM~

Terdapat beratus-ratus baka ayam yang wujud pada hari ini. Ia telah diternak sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Ciri-ciri fizikal digunakan bagi membezakan baka-baka ayam iaitu saiz, warna bulu, jenis balung, warna kulit, warna telur dan tempat asalnya. Ia juga dibahagikan mengikut kegunaan utamanya sama ada untuk telur, daging atau tujuan hiasan. Beberapa jenis baka memiliki kegunaan lebih daripada satu.



Mengikut asal usul
Australia • Austria • Belgium • Brazil • Bulgaria • Kanada • Chile • China •Croatia • Cuba • Czechia • Mesir • Finland 
• Perancis • Jerman  Greece  Iceland  India Indonesia  Iran  Itali  Jepun  Korea  Kosovo  Malaysia  Belanda 
 New Zealand  Norway Pakistan  Filipina  Portugal  Romania  Rusia  Serbia  Slovakia 
Mengikut kegunaan utamaTelur • Daging • Dual kegunaan • Pameran
Lain-lainBantam • Hibrid

AYAM LAGA AUSTRALIA;
Nama lainKolonialAyam LAga Aussie
Negara asalAustralia
Nama gelaranAussie

Nota
Awalnya digunakan sebagai ayam laga. Kini dibiakkan untuk tujuan pameran
Ayam Laga Australia adalah sejenis baka ayam yang dibiakkan di Australia, kemungkinan pada pertengahan atau akhir kurun ke-19. Ia juga dikenali sebagaiKolonialAyam Laga Aussie atau Aussies.
Ayam Laga Australia mula dibiakkan pada kurun ke-19 di negeri New South Wales, Australia. Awalnya baka ayam ini dibiakkan bagi tujuan sabung dan pengeluaran daging. Baka-baka diambil dari kacukkan Australian Pit GameAyam Laga Melayu,Ayam Laga Inggeris TuaModern Game dan Asil.


AYAM SHUMEN HITAM;
Status pemuliharaanJarang ditemui
Nama lainЧерна шуменска кокошка, Black shoumenska hen
Negara asalBulgaria

Ayam Shumen Hitam adalah sejenis baka ayam tua yang berasal dari wilayah Shumen di Bulgaria. Pada pertengahan kurun ke-20, ia dikacukkan dengan ayamMinorca dan merah Pulau Rhode.[1]
Pada masa sekarang, ia dianggap sebagai sejenis baka yang jarang ditemui. Baka ini dijaga oleh Institut Ayam Itik Bulgaria di Stara Zagora dan beberapa anggota pembaka Bulgaria dari Persatuan Pembiakbaka Ayam Itik Bulgaria.


AYAM ARAUCANA;
Araucana
Status pemuliharaanDalam kajian
Nama lainSouth American Rumpless
Negara asalChile
Nama gelaranAraucan
Pengelasan
APAAll other breeds
Nota
Baka penelur pelbagai warna
Araucana adalah sejenis baka ayam yang berasal dari Chile.
Araucana seringkali dikelirukan dengan ayam baka jenis lain terutamanya ayam Ameraucana dan Easter Egger. Ayam ini menghasilkan telur berwarna biru, telingan yang berbulu, dan tidak berekor (di Amerika Utara). Bagi memenuhi standard Amerika Utara, ayam ini mesti mempunyai ciri-ciri seperti tidak berekor dan tiada tulang punggung.



AYAM COCHIN;
Nama lainAyam Cochin
Negara asalChina



Ayam katik Cochin atau asalnya dikenali sebagai Shanghai China adalah sejenis baka ayam. Nama Cochin berasal dari nama Cina 九斤黄(dalam pinyin: jiujin huang, disebut jil jin hwaang), bermaksud nine jin yellow, di mana jin adalah merupakan pengukuran berat tradisional China. Di China sendiri, nama 九斤黄 sebenarnya digunakan untuk sebarang ayam besar.





AYAM PEKIN;
Nama lainAyam Pekin
Negara asalChina

Pekin adalah sejenis baka ayam katik. Ia lebih pendek daripada ayam katik biasa, dengan panjangnya antara 20-30 sentimeter tinggi (dengan kepala mendongak). Keseluruhan kaki dan betisnya ditutupi dengan bulu.Ayam katik Pekin dipercayai telah dicuri dari koleksi peribadi Maharaja China diPeking (nama lama Beijing) semasa akhir Perang Candu sekitar tahun 1860. Walaubagimanapun, beberapa sumber mencadangkan satu hantaran burung-burung dari China pada sekitar tahun 1835 telah diberi kepada Ratu Victoria, dipercayai bernama 'Shanghai' dan burung-burung ini dibiakkan dengan lanjut dengan baka-baka import dan dikembangkan sebagai baka yang pada hari ini dikenali sebagai ayam katik Pekin. Baka ini juga dikenali di Amerika dan Kanada sebagai Cochin. Perkara ini menjadi perdebatan di antara komuniti pembiak baka pekin/cochin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan